“Hanya Politik Murahan Daripada Chong” – Abang Jo

“Hanya Politik Murahan Daripada Chong” – Abang Jo

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg enggan memberi respons terhadap kenyataan pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen bahawa beliau hanya bercakap besar di Sarawak, tetapi tidak berani mengangkat muka di Putrajaya.

“Tak perlu bercakap tentang perkara itu, ia hanya politik murahan (daripada Chong),” kata Abang Johari kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, hari ini.

Semalam, Chong, yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Menteri Muda Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak, menyeru Abang Johari supaya bersikap berani dan tegas dalam membuat tuntutannya daripada kerajaan persekutuan.

Chong Chieng Jen…

Chong membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas tentang penubuhan sebuah jawatankuasa pemandu bagi mendapatkan kembali hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Chong juga menegaskan bahawa Abang Johari perlu lebih berani untuk bersemuka dengan perdana menteri dan jumlah wakil Sarawak (tiga orang) dalam jawatankuasa itu tidak sepatutnya menjadi hal kerana perkara paling penting ialah kemampuan mereka untuk menyampaikan tuntutan.

Semalam, Chong berkata, sebelum mesyuarat pertama jawatankuasa pemandu itu diadakan pun, Abang Johari telah mengubah langkah.

– BERNAMA