Hapuskan Surat Sokongan Bagi Bendung Salah Guna Kuasa – Syed Saddiq

Hapuskan Surat Sokongan Bagi Bendung Salah Guna Kuasa – Syed Saddiq

0
SHARE

PAGOH, JOHOR BHARU – Pemuda Bersatu (Armada) mahu penggunaan surat sokongan dihapuskan untuk membendung salah guna kuasa di kalangan parti dan kakitangan kerajaan.

Memetik kenyataan Sinar Harian, Syed Saddiq Abdul Rahman dipetik berkata bahawa pegawai awam perlu lebih berani untuk tidak menerima sebarang sokongan yang melanggar perundangan untuk mempertahankan ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

“Perdana Menteri dah katakan, kalau ada elemen salah guna kuasa atau perkara tersebut bertindih dengan undang-undang sedia ada, penjawat awam kena berani bersuara…

“Jangan terima perkara ini kerana salah tetap salah dan penjawat awam merupakan benteng kerajaan yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.

Syed Saddiq mengulas kenyataan itu sebagai menjawab isu berhubung dakwaan skandal bazar Ramadan yang terjadi di Kuala Lumpur melibatkan pemimpin pemuda Bersatu.

Pemimpin terbabit didakwa menyalahgunakan pengaruh politik bagi mendapatkan 80 tapak bazar di Jalan Masjid India dan menyewakannya semula sehingga RM 5,000  untuk satu lot dan mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.

Sedangkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mengenakan RM 6,238  untuk kesemua 80 tapak bazar Ramadan kepadanya.