Harapan Lin Dan Beraksi Di Olimpik 2020 Tokyo Semakin Pudar

Harapan Lin Dan Beraksi Di Olimpik 2020 Tokyo Semakin Pudar

0
SHARE
Lin Dan...

SHANGHAI, CHINA – Harapan Lin Dan untuk menempah tiket ke Olimpik 2020 di Tokyo semakin pudar apabila apabila tewas di pusingan pertama di tangan rakan senegara, Chen Long pada saingan Terbuka China di Fuzhou, hari ini.

Lin Dan, 36, dianggap sebagai pemain badminton terbaik sepanjang zaman menang yang menang pada set pertama 21-19 dicabar hebat oleh Chen Long yang juga adalah pemenang emas Olimpik Rio 2016 dengan bangkit untuk memenangi dua set seterusnya, 21-12, 21-12.

Lin Dan yang juga juara dunia sebanyak lima kali selain juara Olimpik 2008 dan 2012, setakat ini sudah tewas sebanyak lapan kali pada pusingan pertama dalam beberapa kejohanan sepanjang tahun ini. Dia yang pernah menjadi pemian nombor satu dunia, kini menduduki tangga ke-18.

Cheng Long…

Memetik laporan AFP, Chen Long dan seorang lagi pemain China, Shi Yuqi yang masing-masing menduduki ranking ketiga dan keempat dunia berada pada posisi terbaik untuk mewakili negara mereka pada temasya Olimpik 2020 di Tokyo dengan syarat mesti terus berada di depan Lin Dan sehingga April tahun depan.

Shi Yuqi…

Shi kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan buku lali dan kecederaan berterusan sudah pasti juga akan menjejaskan peluang Lin Dan untuk mewakili negaranya ke Tokyo tahun depan.

Shi yang juga pilihan ketiga kejohanan Terbuka China menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wang-Ho, 21-17, 21-17 untuk meneruskan kemaraan.