Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Harga minyak dijangka naik lagi bermula jam 12 tengah malam ini dengan kadar terkini Petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 4 sen seliter.

Sebelum ini harga petrol RON95 seliter RM1.93 seliter manakala RON97, RM2.23 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada petang Jumaat berkata, penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (9-15 Februari 2019) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah memberikan jaminan harga minyak akan turun jika PH diberikan peluang mengambil alih kerajaan persekutuan, namun mutakhir ini kenaikan harga minyak menunjukkan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dilihat oleh sebahagian besar rakyat Malaysia hanya lebih kepada sekadar janji kosong.