Hasil Kutipan GST Tidak Hilang Jika Berjaya Ditemui Semula – Tun M

Hasil Kutipan GST Tidak Hilang Jika Berjaya Ditemui Semula – Tun M

0
SHARE

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, wang RM19.4 bilion hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya disahkan tidak hilang, jika ia berjaya ditemui semula.

Ditanya pemberita mengenai rumusan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Dr Noraini Ahmad hari ini bahawa wang kutipan GST itu tidak hilang, Mahathir berkata: “Kalau dia kata tidak hilang kita hendak tengoklah duit itu ada di mana.

“Kalau kita dapat jumpa balik, duit itu tidak hilanglah. Kalau ┬ákita tidak jumpa balik dia (duit itu) hilanglah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Noraini dilaporkan berkata, dana itu tidak hilang tetapi dipindahkan ke ‘Akaun Hasil Disatukan’ dan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Laporan juga menyebut PAC mengesan berlaku perlanggaran prosedur pemindahan wang berjumlah RM19.4 bilion itu apabila ia tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan.

– BERNAMA