Hati Rakyat Sabah Cukup Terluka Dan Terguris Dengan Kenyataan Shafie “Rakyat Sabah...

Hati Rakyat Sabah Cukup Terluka Dan Terguris Dengan Kenyataan Shafie “Rakyat Sabah Kena Hentikan Budaya Meminta”

0
SHARE

“Kami hanya meminta bantuan semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini saja, kami pun tahu malu dan ada maruah bah..”

“Sebelum PKP dikuatkuasakan kami pun tidak pernah meminta bantuan Kerajaan sebab itu nama kami ada yang tidak berdaftar dengan program E-Kasih, walaupun kami akui tidak kaya tapi kami masih mampu berdikari dan ada sumber kewangan untuk berbelanja. Malangnya selepas PKP dikuatkuasakan, kami terputus punca pendapatan dan berhadapan dengan masalah disebabkan tidak boleh keluar bekerja dan peniaga pun tidak boleh berniaga,” demikian adalah kenyataan dengan nada sedih dan kecewa oleh sebilangan besar rakyat Sabah yang mengulas kenyataan Shafie agar rakyat Sabah mesti hentikan budaya meminta-minta dari kerajaan negeri Sabah.

Shafie Apdal dikecam oleh sebilangan besar rakyat Sabah selepas membuat kenyataan budaya terlalu bergantung kepada bantuan (kerajaan negeri Sabah) tidak sepatutnya wujud dalam kalangan rakyat Sabah. Kenyataan Shafie yang turut disiarkan oleh Utusan Borneo Online dikatakan telah dibuat oleh Shafie pada 20 April di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) mengenai bantuan yang disalurkan kerajaan untuk menangani penularan wabak COVID-19 di Sabah.

Kenyataan Shafie tidak mahu budaya rakyat yang terlalu bergantung bantuan Kerajaan…(Sumber foto dipetik dari Utusan Borneo Online)

“Kami ingin sampaikan pesanan ini kepada Shafie, janganlah hina kami, hati kami cukup terluka dengan kenyataan kamu sebagai Ketua Menteri Sabah, kami ingin sampaikan pesanan ini kepada Shafie sehingga ke hari ini ramai antara kami (rakyat Sabah) masih belum menerima apa-apa bantuan daripada Kerajaan Negeri Sabah, walaupun kononnya wang bantuan COVID-19 sebanyak RM650 juta telah disediakan untuk membantu rakyat Sabah.”

“Kami akui hanya menerima bantuan terus dari Kerajaan Persekutuan melalui BPN (Bantuan Prihatin Nasional) berjumlah RM1,000 dan anak-anak kami yang berumur 21 tahun ke atas turut menerima RM500, kalau dari Kerajaan negeri Sabah setakat ini belum ada lagi sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan makanan lainnya. Jadi, Shafie kena jaga mulut untuk tidak keluarkan kenyataan yang jelas telah menguris perasaan seluruh rakyat Sabah.”

“Ada pun barangan makanan yang diterima oleh kami datangnya dari UMNO dan NGO kalau dari Shafie memang tidak ada.”

“Barang makanan yang sampai pun kami tengok mereka akanĀ utamakan kepada ahli-ahli dan penyokong mereka terlebih dahulu,” tambah rakyat Sabah lagi yang jelas tersinggung dengan kenyataan Shafie tersebut.

Dalam pada itu, NGO Bebas Suara dalam satu kenyataan mengecam Shafie sambil menyifatkannya sebagai kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong.

“Sabah adalah hak milik rakyat Sabah sepenuhnya. Tidak kira apa Agama dan bangsa mereka, Sabah adalah hak milik mutlak seluruh rakyat Sabah dan bukannya milik Shafie Apdal.”

” Shafie Apdal dan Menteri Kabinet negeri Sabah hanya diberikan amanat oleh rakyat mewakili mereka.”

NGO Bebas Suara berkata lagi, “apabila rakyat Sabah berada dalam keadaan kesusahan adalah menjadi tanggungjawab Shafie dan Menteri Kabinet Negeri Sabah mencari jalan dan membantu menyelesaikan semua masalah rakyat, bukannya menjadikan rakyat Sabah sebagai musuh dan melayan mereka sebagai peminta sedekah.”

“Justeru, kami merayu dan meminta agar seluruh rakyat Sabah terus bersuara dan bangkit menentang Shafie Apdal kerana secara jelas telah GAGAL mengemudi Sabah dengan baik.”

“Beberapa hari yang lalu, kami Gabungan NGO Bebas Suara telah melancarkan Petisen mendesak Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan berharap agar rakyat Sabah terus menyokong petisen ini dan membantu sebar luaskan petisen iniĀ bagi mendesak Shafie untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.”

Bagi rakyat Sabah yang ingin menandatangangi Petisen tersebut pautan link seperti di bawah:-
http://chng.it/sNPGzdPk

Berikut adalah paparan sebahagian kecil kenyataan marah rakyat Sabah selepas Shafie mengeluarkan kenyataan rakyat harus hentikan budaya meminta-minta;