Himpunan Bantahan ICERD Capai Matlamat 1.5 Juta Hadir

Himpunan Bantahan ICERD Capai Matlamat 1.5 Juta Hadir

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Matlamat untuk melihat 1.5 juta orang hadir turun ke himpunan bantahan ataupun menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur hari ini tercapai dan berlangsung dalam suasana yang aman.

Menurut pihak penganjur, perhimpunan pada hari ini adalah berdasarkan  kebenaran dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) penganjur dibenarkan berhimpun antara jam 2 hingga 6 petang.

Penganjur perhimpunan ini turut dilaporkan sebelum ini mengatakan bahawa perhimpunan itu diadakan sebagai tanda ‘kesyukuran’ di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan hari ini dimulai dengan ucapan daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kemuncak perhimpunan menampilkan dua pemimpin utama parti Melayu Islam iaitu, Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi.

Turut kelihatan adalah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Dato’ Seri Haji Mohamad bin Hasan.

Turut kelihatan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus…

Walau bagaimanapun, hujan renyai-renyai berlaku ketika Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan selepas berehat untuk azan Asar menyebabkan himpunan tersebut yang dijadualkan dan diperuntukkan DBKL untuk tamat pada jam 6 petang terpaksa berakhir awal susulan hujan yang lebat berlaku di sekitar kawasan perhimpunan.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.