Huawei Lancar Sistem Operasi ‘HarmonyOS’

Huawei Lancar Sistem Operasi ‘HarmonyOS’

0
SHARE

DONGGUAN, CHINA – Selepas berdepan ancaman kehilangan akses kepada sistem Android di tengah-tengah ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah memperkenalkan sistem pengoperasian miliknya sendiri semalam.

Ketua Perniagaan Konsumer Huawei, Richard Yu yang dipetik AFP pada satu sidang akhbar di bandar selatan Dongguan menyatakan sistem baharu itu, dinamakan ‘HarmonyOS’ atau HongMeng’ dalam bahasa Cina, akan membawa lebih banyak keharmonian dan kesenangan kepada dunia.

Ketua Perniagaan Konsumer Huawei, Richard Yu…

Perisian yang dinanti-nanti sejak sekian lama itu dianggap penting bagi survival kumpulan firma teknologi itu ketika Huawei berdepan satu sekatan oleh White House ke atas syarikat-syarikat AS yang menjual produk teknologi kepadanya yang boleh menyebabkan kehilangan akses kepada sistem pengoperasian Goggle iaitu Android.

Richard menyatakan sistem baharu itu adalah sistem peng­operasian berorientasikan masa hadapan akan menjadi lebih lancar dan terjamin.

Beliau menyatakan ia berbeza daripada sistem Android dan iOS (Apple).Huawei menyatakan, versi pertama sistem pengoperasian itu akan dilancarkan pada tahun ini dalam produk-produk skrin peranti pintar.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, sistem itu akan dibangunkan untuk kegunaan satu rangkaian menyeluruh produk peranti pintar terma­suk teknologi boleh pakai.

Pada bulan Mei lalu, firma itu diheret ke dalam perang dagangan antara Beijing dan Washington yang menyaksikan tarif punitif dikenakan ke atas dagangan dua hala bernilai berbilion-bilion dolar.

Huawei, dianggap sebagai peneraju dunia pekakas paling pantas generasi kelima atau 5G, telah disenarai hitam oleh Presiden AS, Presiden Donald Trump selepas disyaki membekalkan pintu belakang kepada perkhidmatan perisikan China.

Huawei menafikan tuduh­an itu…