Hubungan Shafie Afdal dengan Orang Kanannya Peter Anthony Dikatakan Semakin Tegang, Apabila...

Hubungan Shafie Afdal dengan Orang Kanannya Peter Anthony Dikatakan Semakin Tegang, Apabila Rahsia Di Antara Mereka Semakin Hari Semakin Bocor

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kepercayaan Shafie terhadap Peter semakin terhakis ekoran kegagalan Peter untuk menguasi bangsa Kadazan Dusun dan Murut (KDM) di 18 kerusi majoriti etnik tersebut.

Sejak beberapa bulan yang lalu dan yang terakhir di Nabawan pada bulan Oktober lepas, Peter terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk mengumpul bangsa KDM dengan tujuan untuk membuktikan kepada Shafie bahawa dia (Peter) berjaya menakluki bangsa itu secara keseluruhannya (total).

Menurut sumber Shafie yang dipetik sebagai berkata dalam satu mesyuarat tertutup, kehadiran ribuan bangsa KDM yang menghadiri setiap majlis anjuran Peter adalah berbayar.

“Ada yang datang kerana terpengaruh dengan hadiah cabutan bertuah yang menawarkan motosikal, basikal, pemotong rumput dan pelbagai lagi,” kata seorang penyokong tegar parti Warisan di Nabawan.

Laporan perisikan keselamatan pula mengejutkan bahawa setiap majlis yang bernilai ratusan ribu ringgit anjuran Peter turut menawarkan ‘minuman keras’ di mana disertai oleh pemimpin-pemimpin Islam dalam parti (Warisan) itu.

Dalam tempoh 18 bulan parti Warisan memerintah, Peter dikatakan telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk menganjurkan majlis-majlis bersama masyarakat KDM di kawasan pedalaman yang meliputi Tambunan, Tenom, Keningau, Nabawan dan Sook.

Persoalannya di mana Peter memperolehi wang sebanyak itu?

Terdapat sumber memberitahu bahawa Peter memperdaya Shafie untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu dengan menjanjikan beliau (Peter) boleh membuktikan kepada Shafie bahawa bangsa KDM dalam genggaman Warisan.

Tembelang Peter itu akhirnya terbongkar apabila Shafie pada baru-baru ini memberitahu bahawa tidak ada sesiapa pun termasuk Warisan dan sekalipun Peter tidak mampu untuk menyatupadukan KDM.

“Bukan senang KDM untuk diurus,” Shafie dipetik sebagai berkata dalam satu majlis politik.

Video Shafie Mengakui Tanpa Sokong KDM Tidak Mungkin Ada Satu Parti Pun Yang Mampu Memerintah Sabah…

Bukan semua orang tahu bahawa hubungan Shafie dan Peter semakin panas, dan ekoran daripada krisis kepecayaan di antara kedua pemimpin ini, Peter cuba ‘meneguk di air keruh’ dengan mendaftarkan KDM Malaysia, sebuah pertubuhan di mana beliau adalah Presidennya sebagai sebuah parti politik.

Cerita mengenai Peter menubuhkan sebuah parti baru untuk menentang Warisan pada PRU-15 bukan satu rahsia kerana hampir kesemua masyarakat KDM di Sabah mengetahuinya.

Peter sendiri pernah berkata dalam satu majlis politik pada sedikit masa dahulu bahawa parti Warisan tidak akan bertahan lama selagi mana isu-isu panas yang dikaitkan dengan parti itu khususnya mengenai pemberian kerakyatan kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI), pewartaan perkampungan PTI serta banyak lagi perkara yang menyinggung perasaan rakyat tempatan.

“Sebab itu KDM perlu ada parti sendiri, dan sebab itu kita perlu daftarkan pertubuhan kita (KDM Malaysia) sebagai sebuah parti politik,” Peter dipetik memberitahu pemimpin-pemimpin pertubuhan itu dalam satu mesyuarat sulit.

Malangnya usaha Peter untuk mendaftarkan KDM Malaysia sebagai parti politik ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Apa buktinya? – Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Kota Kinabalu mengesahkan Peter cuba daftarkan KDM Malaysia sebagai parti politik.

Kecewa dengan jawapan ROS itu, Peter secara diam-diam menubuhkan jawatankuasa bayangan yang kesemuanya anggota pertubuhan KDM Malaysia untuk mendaftarkan sebuah parti baru. Peter dan beberapa pemimpin KDM dalam parti Warisan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti pimpinan Shafie sebaik parti barunya berjaya didaftarkan.

Shafie dikatakan sangat marah dengan perbuatan Peter, dan beliau sendiri (Peter) sudah lama menyedarinya.

“Untuk apa bersama dengan parti yang lemah seperti Warisan,” Peter dipetik meyakinkan kepada pengikutnya dalam satu majlis anjuran KDM Malaysia.

Ini bermakna, Shafie dengan parti Warisannya akan ditentang oleh parti pimpinan Peter pada PRU-15.

Kita tunggu dan lihat…