Hukuman Penjara 374 Tahun Ke Atas Seorang Lelaki Thailand

Hukuman Penjara 374 Tahun Ke Atas Seorang Lelaki Thailand

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BANGKOK, THAILAND – Mahkamah Phang Nga, Selatan Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 374 tahun ke atas seorang lelaki atas kesalahan┬ápemerdagangan kanak-kanak.

Pihak Polis yang dipetik Reuters berkata bahawa pesalah Yuttana Kodsap, 31, didapati bersalah kerana memperdagangkan kanak-kanak dengan tujuan pornografi selepas dia mengumpan kanak-kanak berumur 7-12 tahun dengan bermain permainan komputer di rumahnya.

Selain itu, dia juga merakamkan aksi lucah mereka sebelum menjualnya dalam aplikasi sembang.

Justeru, mahkamah turut mengarahkan Yuttana Kodsap, 31, membayar pampasan kepada lima mangsa dengan setiap seorang dibayar 800,000 baht (RM110,277).

Kes terbabit adalah yang kedua di Thailand membabitkan kesalahan sama yang dihukum penjara lebih 300 tahun.

Tahun lalu, mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara selama 309 tahun terhadap tiga lelaki kerana melakukan pemerdagangan kanak-kanak untuk aktiviti pelacuran.