Ibrahimovic Gesa MU Lepaskan Pogba

Ibrahimovic Gesa MU Lepaskan Pogba

0
SHARE
Paul Pogba...

LONDON – Kelab gergasi England, Manchester United digesa oleh bekas penyerang United, Zlatan Ibrahimovic untuk melepaskan pemain tengah sensasi United, Paul Pogba selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pogba, 26, sebelum ini menyatakan hasratnya ingin mencari cabaran baru manakala ejennya, Mino Raiola pernah menyatakan bahawa bintang Piala Dunia Perancis itu mahu meninggalkan United.

Menurut Ibrahimovic yang dipetik BBC berkata bahawa United wajar melepaskan pemain itu sekiranya sudah tawar hati untuk berada di Old Trafford.

“Saya rasa jika jika sudah tawar hati, elok dia dilepaskan,” katanya.

Zlatan Ibrahimovic…

“Biarkan dia membuat pilihan ke tempat lain, gunakan situasi itu sebaiknya dan kekalkan pemain yang mahu terus berkhidmat…

“Bilik persalinan memerlukan pemain yang saling menghormati sesama pemain, mereka profesional dan mereka saling memahami situasi sesama mereka.

“Biarkan yang terbaik untuk kelab dan itulah yang sepatutnya diberikan tumpuan,” tambah Ibrahimovic.