Ibu Sakit Mental Potong Alat Sulit Anak

Ibu Sakit Mental Potong Alat Sulit Anak

0
SHARE

GUANGZHOU, CHINA – Seorang wanita yang mengalami penyakit mental, telah memotong alat sulit anak lelakinya yang berusia 22 bulan ketika kanak-kanak berkenaan sedang tidur .

Memetik laporan MyNewsHub.cc, wanita yang dikenali sebagai He itu secara tiba-tiba mengambil pisau dan memotong alat sulit anaknya di rumah mereka di Guangzhou.

Dia turut membuang alat sulit itu dan hingga kini, organ berkenaan gagal ditemui…

 

Wanita itu kemudiannya cuba membunuh diri namun dua beranak itu telah dikejarkan ke hospital oleh jiran selepas mendapati mereka berlumuran darah. Mereka berjaya diselamatkan oleh doktor.

Dalam pada itu, suaminya, Wu Shaozhong, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja dan dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh jiranya.

Menurut Wu, isterinya mengalami gangguan mental sejak enam tahun lalu dan menerima rawatan di bandar Heyuan. He, katanya mengalami keadaan di mana dia sukar mengawal kemarahan.

Dengan apa yang berlaku itu, Wu berkata dia tidak mampu untuk hidup dengan isterinya lagi pada masa depan.

Mereka berkahwin pada 2005 dan turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 11 tahun.