iGuru Gesa KPM Tangani Segera Masalah Kekurangan Guru Di Negara Ini

iGuru Gesa KPM Tangani Segera Masalah Kekurangan Guru Di Negara Ini

0
SHARE

“Kita mengambil maklum masalah (kekurangan guru) ini. Sebagai langkah strategik, pihak kementerian wajar mengunjurkan keperluan bilangan guru bidang kritikal dengan mengambil kira jumlah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sedia ada dan tawaran bidang pengajian pendidikan.

“Langkah ini penting untuk mengelak dari menghadapi masalah sedia ada dan lambakan graduan pendidikan di bidang yang tidak diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azizee berkata masalah kekosongan guru juga perlu diatasi bagi memastikan proses kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di semua sekolah dapat berjalan dengan berkesan.

“Ini penting demi kelangsungan pendidikan di sekolah-sekolah terutama sekolah kebangsaan yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman,” katanya.

BH hari ini melaporkan Kementerian Pendidikan ketika ini berdepan kemelut kekurangan pendidik bagi memenuhi permintaan sekolah di seluruh negara.

Di sekolah kebangsaan, kekosongan guru sedia ada direkodkan melebihi 6,000 orang, tetapi keluaran IPGM hanya membabitkan 1,676 guru yang akan ditempatkan pada November ini.

Berdasarkan maklumat pada laman sesawang Kementerian Pendidikan, data setakat Januari lalu menunjukkan ada 7,772 sekolah rendah di seluruh negara dengan lebih 2,2727,068 murid, namun hanya ada 182,587 guru.