Ijazah Undang-Undang Din Ketapi, Menteri Pelancongan Turut Diragui?

Ijazah Undang-Undang Din Ketapi, Menteri Pelancongan Turut Diragui?

0
SHARE
Datuk Mohamaddin Ketapi...

KOTA KINABALU, SABAH РSelepas timbul isu kesahan ijazah yang membabitkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) lainnya, turut dipertikai kini adalah kelulusan yang dimiliki oleh Datuk Mohamaddin Ketapi, Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah yang juga merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada laman sesawang Wikipedia dan terbitan portal Malaysiakini.com bertajuk ‘Kenali Mohamaddin, Menteri Pelancongan Pertama Dari Sabah’ bertarikh 2 Julai 2018, kelulusan akademik Mohamaddin adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of Buckingham, England

Sumber Foto; Malaysiakini.com

Namun menurut dapatan sumber lain, termasuk pelayar laman media sosial Facebook, Mohammaddin Ketapi tidak habis belajar di Universiti tersebut…

Sumber Foto; Wikipedia.com

Menurut pandangan penganalisis politik bebas yang ditemui, isu yang membelenggu pimpinan Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemalsuan kelulusan akademik adalah isu yang amat besar dan sedang dalam perhatian seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Oleh sebab itu Din Ketapi juga tidak terkecuali dan turut termasuk dalam radar rakyat ketika ini.

Sepatutnya Din Ketapi mendedahkan transkrip dan ijazah asal beliau kepada umum…

Ini bagi menjawab persoalan umum yang dilontarkan dan sekiranya benar Din tidak mempunyai kelulusan yang dimaksudkan tersebut, seharusnya jalan terbaik adalah meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan demi mempetahankan integriti dan nama baik rakyat dan negeri Sabah.

Menurut pandangan sebilangan besar ‘warganet’, isu ini jika terbukti benar amat memalukan bagi seluruh rakyat di negeri Sabah. Harus diingat Din Ketapi adalah Menteri Pelancongan yang pertama dilantik berasal daripada Sabah.

Mohammaddin Ketapi merangkap Menteri Pelancongan juga turut dikenali sebagai ‘Menteri Sticker’ apabila membuat kenyataan di Parlimen akan mempamerkan pelekat (sticker) tulisan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 – VMY 2020 di badan-badan kapal terbang dalam dan luar negara.

Sebelum ini orang ramai turut meragui kelayakan Osman Sapian Menteri Besar Johor Baharu yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Osman Sapian…

Menurut laman media sosial Facebook¬†‘Ops Johor’, ‘warganet’ mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut