Ikon UFC McGregor Bakal Kembali Ke Gelanggang

Ikon UFC McGregor Bakal Kembali Ke Gelanggang

0
SHARE

LONDON –¬†Ikon ‘Ultimate Fighting Championship’ (UFC)¬†Conor McGregor hari ini mendedahkan bahawa dia bakal kembali ke gelanggang dan bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja pencabarnya.

Ikon UFC itu dikalahkan Floyd Mayweather pada pusingan ke-10 apabila membuat kemunculan sulung dalam tinju profesional pada 2017.

Namun atlet Ireland itu menghangatkan khabar angin awal tahun ini apabila berkata dia akan kembali ke gelanggang satu hari nanti.

Bercakap kepada Bleacher Report pada Mac, atlet berusia 31 tahun itu berkata: “Saya bersedia melawan sesiapa sahaja dan saya sudah membuktikannya berkali-kali.

“Saya mencari lawan yang baik, jika ia tidak berlaku seperti itu, saya tidak berminat.

“Wang bukanlah sebab saya melakukannya.

“Saya orang yang sangat kaya, dan anak saya serta selepasnya akan okey.

“Saya sukakan sukan pertarungan ini. Saya banyak belajar bertinju di Crumlin tempat saya membesar, dan disebabkan rasa cinta mendalam inilah saya melakukannya hari ini.”

Jurulatih McGregor, John Kavanagh juga mensasarkan kepulangan bintang itu dalam tempoh 18 bulan.

Turut menghangtkan lagi kemunculan semula McGregor apabila wujud spekulasi bahawa Manny Pacquiao akan bertarung dengan McGregor apabila menyertai syarikat pengurusan yang sama.