Wednesday, January 16, 2019
Imej Panorama Pertama Sisi Gelap Bulan Oleh Kapal Angkasa Penjelajahan China

Imej Panorama Pertama Sisi Gelap Bulan Oleh Kapal Angkasa Penjelajahan China

0
SHARE
Sumber Foto; AFP...

BEIJING, CHINA – Kapal angkasa penjelajahan China menghantar imej panorama pertama lokasi pendaratan pada sisi gelap Bulan, menunjukkan landskap kawah yang diterokanya.

AFP melaporkan bahawa Chan’e-4 merupakan kapal angkasa pertama melakukan pendaratan di kawasan sisi gelap bulan pada 3 Januari lalu. Kejayaan itu disifatkan langkah penting dalam merealisasikan hasrat Beijing untuk muncul sebagai kuasa besar pene­rokaan angkasa lepas.

Sebuah kenderaan perayauan, Yutu-2 berpisah daripada kapal angkasa itu dan mula meneroka permukaan Bulan kel­marin.

Sebuah kamera yang dipasang pada kapal angkasa Chang’e-4merakam gambar itu yang disiarkan oleh Pentadbiran Ang­kasa Lepas Nasional (CNSA) semalam.

Ia menunjukkan landskap Bulan yang berwarna kelabu bersama kapal angkasa tersebut, kenderaan perayauan Yutu-2 dan kesan trek yang ditinggalkan.

Kenderaan perayauan itu meneruskan aktivitinya kelmarin selepas berada dalam mod ‘sedia’ selama lima hari.Kapal angkasa Chang’e-4 mendarat di kawasan dikenali sebagai Lembangan Kutub Selatan-Aitken iaitu kawah paling dalam dan terbesar dalam sistem suria.