Individu Ingin Masuk Singapura Perlu Jalani Ujian COVID-19 Bermula 18 Jun Ini

Individu Ingin Masuk Singapura Perlu Jalani Ujian COVID-19 Bermula 18 Jun Ini

0
SHARE

SINGAPURA РSemua individu yang ingin COVID-19 memasuki Singapura perlu menjalani ujian bermula 18 Jun ini sebelum tempoh 14 hari notis duduk di rumah (SHN) mereka tamat.

Sejak 21 Mac lalu, semua individu yang memasuki republik itu, termasuk warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang (LTP) dikehendaki menjalani SHN.

Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong, berkata syarat baharu itu adalah langkah pencegahan tambahan untuk mengesan virus, terutama risiko bagi kes tanpa gejala.

“Oleh kerana kita akan membuka kembali ekonomi dan masyarakat, kami menjangkakan lebih ramai kembali ke Singapura.¬†Republik ini sudah mewujudkan laluan hijau dengan China dan sedang berusaha berbuat demikian dengan beberapa negara lain.

“Selain ujian, Singapura juga mengemas kini peralatan sedia ada untuk semua individu yang masuk bagi menjalani SHN di kemudahan yang disediakan,” katanya pada sidang media maya yang dipetik Bernama¬†semalam.

Bermula 18 Jun, pengembara yang berada di Australia, Brunei, Hong Kong, Jepun, Macau, China, New Zealand, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam untuk tempoh 14 hari berturut-turut, tidak perlu menjalani SHN di kemudahan yang ditetapkan.

“Ia hanya untuk kumpulan ini, jika mereka pulang dari kawasan berkenaan, maka SHN boleh dijalani di tempat kediaman dan bukannya di kemudahan khusus.

“Risiko pengimportan (jangkitan) dari luar negara berbeza dari satu negara ke negara lain kerana negara dan wilayah berada pada pelbagai tahap mengenakan sistem yang efektif untuk mengawal jangkitan…

“Jadi kami juga akan menyesuaikan langkah-langkah sempadan dengan mengambil kira perbezaan risiko ini,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19.

Mulai Jumaat ini, semua individu masuk dan keluar dari republik itu juga akan dikehendaki membayar sendiri ujian COVID-19.

Mereka yang bukan warga Singapura atau penduduk tetap dikehendaki membayar penginapan mereka di kemudahan SHN yang ditetapkan.

“Sehingga kini, kos untuk ujian dan kemudahan SHN ditanggung oleh kerajaan (Singapura) tetapi apabila kami membuka semula operasi selepas ini untuk lebih banyak perjalanan, kami akan beralih kepada pendekatan lebih mampan,” katanya.

Beliau menjangkakan republik itu memiliki kemampuan untuk membenarkan lebih ramai pemegang LTP di luar negara untuk kembali ke Singapura.

Pada masa ini, Singapura belum membenarkan pelawat jangka pendek, kecuali mereka yang masuk di bawah aturan laluan cepat atau hijau, atau dengan persetujuan khas.