Ingkar Arahan PKPB, 2 Lelaki Tempatan Dikenakan Kompaun

Ingkar Arahan PKPB, 2 Lelaki Tempatan Dikenakan Kompaun

0
SHARE
Sumber Foto: Bernama W.P Labuan...

LABUAN – Dua (2) lelaki tempatan dikenakan kompaun kerana didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bertempat di laluan pejalan kaki, Terminal Feri Kenderaan Labuan, semalam.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kedua dua lelaki itu yang masing-masing berumur 28 dan 62 tahun, melakukan perjalanan merentas negeri dari Menumbok, Sabah ke Labuan, menggunakan pengangkutan feri kenderaan atas alasan urusan peribadi di bandar Labuan.

Oleh yang demikian, mereka dibawa ke balai polis Labuan untuk tindakan kompaun dan telah dibebaskan setelah selesai.

Kedua-dua pesalah tersebut melakukan kesalahan di bawah peraturan 6(3), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan Jangkitan)(no.6) 2020.

Superintendan Muhamad Farid berkata, kompaun itu hendaklah dibayar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kompaun dikeluarkan, di pejabat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) W.P Labuan .

Katanya, kegagalan membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tindakan pendakwaan di mahkamah ke atas pesalah oleh JKN W.P Labuan.