iPhone Dan Android Bakal Boleh Berkongsi Kabel Pengecas

iPhone Dan Android Bakal Boleh Berkongsi Kabel Pengecas

0
SHARE

AMERIKA SYARIKAT – Kesukaran yang berlaku pada pengguna gajet atau telefon bimbit iPhone sering dikaitkan dengan perkongsian yang tidak dapat dilakukan bersama telefon jenis Android disebabkan jenis kedua-dua jenis peranti yang sangat berbeza.

Namun, satu laporan terbaharu yang dipetik Daily Mail mengatakan pengeluar iPhone iaitu Apple bakal membuat perubahan besar mengenai produk kabel pengecas mereka.

Syarikat itu dikhabarkan akan menggunakan kabel USB-C, kabel yang sama seperti pengguna Android, tidak lama lagi.

Jika perubahan itu benar-benar berlaku, ia sekaligus bakal mengubah jenis kabel pengecas buat pengguna iPhone akan datang.

USB-C merupakan kabel pengecas atau input USB yang banyak digunakan untuk telefon Android dan komputer riba.

Antara telefon pintar yang turut menggunakan USB-C ialah Samsung Galaxy S9, Google Pixel 3, Razer Phone 2 dan OnePlus 6.

iPAd Pro terbaharu keluaran Apple juga sudah menggunakan kabel pengecasan jenis ini.

USB-C dilancarkan pada 2014 dan menjadi pengecas utama untuk banyak jenis gajet.