Wednesday, January 16, 2019
Islam Agama Rahmat, Tidak Diskriminasi Dan Zalimi Rakyat Berbeza Agama – Mujahid

Islam Agama Rahmat, Tidak Diskriminasi Dan Zalimi Rakyat Berbeza Agama – Mujahid

0
SHARE
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

PUTRAJAYA – Islam adalah agama rahmat yang tidak mendiskriminasi dan menzalimi sesiapa semata-mata atas dasar perbezaan agama dan budaya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, semangat itu selari dengan surah al-Mumtahanah ayat 8 yang mana: “Allah SWT tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1440H/2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, Mujahid berkata, Islam amat mementingkan kebijaksanaan dalam melaksanakan sebarang tindakan.

Katanya, kebijaksanaan merupakan kekuatan aqliah yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mengawal nafsu amarah dan nafsu syahwat yang dipandu oleh syariat untuk melahirkan akhlak yang baik.

“Santun merupakan budi pekerti berakhlak mulia, beradab dan bersopan. Oleh itu, umat Islam seharusnya membentuk jati diri dengan sifat kesantunan untuk mencerminkan keindahan Islam,” katanya.

– BERNAMA