Israel Serang Sasaran Milik Jihad Islam Di Semenanjung Gaza

Israel Serang Sasaran Milik Jihad Islam Di Semenanjung Gaza

0
SHARE
Sistem anti peluru berpandu memintas roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah Israel...(Sumber Foto; Reuters)

BANDAR GAZA – Israel menyerang sasaran milik Jihad Islam di sini, awal pagi tadi, selepas gencatan senjata dilancarkan semalam.

Ia susulan serangan udara sepanjang minggu ini oleh Israel, yang mengakibatkan 34 rakyat Palestin terkorban.

Memetik laporan portal berita AFP, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam mesej menerusi WhatsApp kepada wartawan berkata bahawa serangan itu menyasar Jihad Islam, iaitu kumpulan pejuang kedua paling berpengaruh di Palestin, selepas Hamas.

“Pasukan IDF ketika ini sedang menyerang sasaran milik Jihad Islam di Semenanjung Gaza,” katanya.

Menurut tentera, ia berlaku selepas lima roket dilancarkan ke arah Israel dari Semenanjung Gaza, sesudah gencatan senjata dikuatkuasakan, namun dua daripadanya berjaya dipintas tentera rejim Yahudi.

Gencatan senjata yang dipersetujui hasil rundingan Mesir dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertindak sebagai orang tengah.