Isu Perlantikan PM, Sultan Selangor Tidak Pengaruh YDP Agong

Isu Perlantikan PM, Sultan Selangor Tidak Pengaruh YDP Agong

0
SHARE
Sumber Foto; watan-online.com

SHAH ALAM, SELANGOR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak terlibat sama sekali dalam mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan seorang Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda kesal dengan laporan tidak benar yang tular di media sosial mengaitkan baginda dengan campur tangan dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri.

“Justeru, baginda sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan untuk mewujudkan ketegangan antara pihak istana dengan kerajaan negeri atau persekutuan, dan mengganggu-gugat keharmonian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh di Istana Negara hari ini, selepas Pakatan Harapan yang dipengerusikannya menyatakan mempunyai sokongan kira-kira 135 Anggota Parlimen termasuk daripada kalangan anggota Parti Warisan dari Sabah.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

– BERNAMA