Isu Shafie Hantar Wakil Menghadap Agong: Shafie Ni Memang Biadap Dan Tidak...

Isu Shafie Hantar Wakil Menghadap Agong: Shafie Ni Memang Biadap Dan Tidak Beradab, DYMM Agong Titah Semua MP Menghadap Tapi Shafie Hantar Wakil!! – Rakyat Sabah Cukup Marah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sangat biadap dan amat memalukan seluruh rakyat Sabah!!, demikian reaksi rakyat Sabah dengan nada marah ketika diminta mengulas laporan berita Shafie telah menghantar wakilnya untuk menghadap DYMM Yang Dipertuan Agong bagi mendengar reaksi Ahli Parlimen berhubung jawatan Perdana Menteri pilihan mereka.

Memetik Portal Free Malaysia Today (kelmarin) yang bertajuk ‘Shafie Apdal hantar wakil hadap Agong, Istana Negara tak terima’, pegawai Istana dikatakan telah memaklumkan kepada pemberita bahawa Ketua Menteri Sabah itu dianggap tidak hadir kerana hanya menghantar wakilnya untuk pertemuan itu.

Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber foto dipetik daripada portal berita FMT…

“Selepas perjumpaan dengan ahli Parlimen yang berlangsung sejak semalam selesai petang tadi (dua hari), Ketua Menteri Sabah itu dianggap tidak hadir kerana telah menghantar Setiausaha Sulit Kanannya untuk pertemuan peribadi itu.

“Perlu ada batang tubuh sendiri untuk hadir, tidak boleh wakilkan kepada mana-mana pihak. Dia ada hantar wakil pada petang ini tapi ia tidak dianggap sah,” kata pegawai terbabit lagi.

Sumber foto dipetik dari Akhbar Daily Express…

Untuk rekod, seramai 220 ahli Parlimen hadir ke Istana Negara seperti yang diarahkan untuk ditemubual DYMM Sultan Abdullah satu persatu (secara individu) sejak Selasa dan telah berakhir petang kelmarin (Rabu).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz tidak menghadap DYMM Agong ketika ini kerana masih berada di luar negara.

Dalam pada itu, aktivis dan warga netizen tidak dapat menyembunyikan kemarahan mereka dan turut mengecam Shafie Apdal kerana gagal hadir menghadap DYMM Agong ketika dititahkan untuk berbuat demikian.

Dalam pada masa yang sama, hampir kesemua Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu secara bersemuka dengan Sultan Abdullah.

“Sekiranya berita ini benar (Shafie tidak hadir menghadap Agong), memang Shafie sangat biadap dengan Tuanku. Kalau pun Shafie menghadap selepas Agong menolak untuk berjumpa dengan Setiausaha Sulit Kanannya, Shafie masih tetap dianggap sangat biadap dan tidak beradab terhadap Tuanku.”

“Mungkin Shafie merasakan dirinya lagi hebat dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sebab itu dia hanya menghantar Setiausaha Sulit Kanannya untuk hadir.”

“Di mana maruah Shafie?, bukankah orang Sabah itu tinggi adabnya, kalau pun Shafie cuba membawa budaya masyarakat Filipina, sepengetahuan kami pemimpin MNLF dan MILF juga akan menghadap Presiden Filipina secara bersemuka dan tidak akan menghantar wakil sekiranya diminta berbuat demikian”.

“Shafie ni mana ada rasa hormat dengan perlembagaan, sebelum ini undang-undang Sabah pun dia langgar dan bakul sampahkan. Harus diingat Tan Sri Musa Aman sebelum ini telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri dan TYT sendiri telah bersemuka dengan hampir 31 orang wakil rakyat di Istana Negeri Sabah dan melihat sendiri SD wakil rakyat menyokong Tan Sri Musa dan ini adalah faktanya.”

“Musa telah cukup majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi malangnya Shafie telah berpakat dengan TYT untuk memujuk wakil rakyat BN untuk melompat sehingga tertubuhnya kerajaan Warisan di Sabah yang mengikut pintu belakang. Sebab itu Shafie ni patut digelar ‘BAPA PINTU BELAKANG’ disebabkan selepas PRU-14 Shafie adalah pelopor kepada tindakan ‘Pintu Belakang’ tersebut,” mereka berkata lagi.

Mengulas tentang kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah yang menafikan Shafie Apdal menghantar wakil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya tidak diterima Istana Negara.

Orang ramai turut berpandangan mungkin pada mulianya Shafie menghantar wakil iaitu Setiausaha Sulit Kanannya untuk berjumpa Agong, namun selepas ditolak Shafie telah hadir, tetapi tindakan Shafie itu masih dianggap sangat biadap.

Berikut merupakan beberapa lagi komen para netizen berhubung isu ini;

Mantan bekas Perdana Menteri turut mengecam dan menyindir tindakan Shafie Apdal…(Sumber foto dipetik daripada FB milik Najib Razak)