Jaguh Badminton Negara, Lee Chong Wei Umum Bersara Hari Ini

Jaguh Badminton Negara, Lee Chong Wei Umum Bersara Hari Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sepanjang 19 tahun mengharumkan nama negara dalam arena sukan badminton dunia , jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan dalam sukan itu hari ini.

Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk bersara berikutan masalah kesihatan atas nasihat doktor dan juga melalui perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas pemain nombor 1 dunia yang disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahun lalu berkata keputusan itu diambil selepas pemeriksaan perubatan terbaru dilakukan di Taiwan.

“Saya memberitahu Persatuan Badminton Malaysia yang saya mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga,” katanya.

Lee, yang juga pernah meraih 3 kali pingat perak di temasya Sukan Olimpik, berkata beliau sudah pun membincangkan hal tersebut dengan isterinya.

“Dia menasihatkan saya berehat. Saya berehat dan turut berbincang dengan (Menteri Belia dan Sukan) Syed Saddiq. Saya berkata, selepas Hari Raya, saya akan bersara,” kata Lee dalam nada penuh emosi.

Lee Chong Wei mezahirkan perasaan sedih ketika sidang media mengumumkan persaraan beliau hari ini.

Lee Chong Wei yang menzahirkan ucapan “Terima Kasih Malaysia” sebagai penghargaan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan padu sepanjang kariernya selama 19 tahun.