Jangan Biadap Peter!! Menteri Parti Warisan Dikecam Cuba Halang NGO Bersuara?

Jangan Biadap Peter!! Menteri Parti Warisan Dikecam Cuba Halang NGO Bersuara?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebilangan besar aktivis bukan kerajaan (NGO) mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Peter Anthony yang cuba menghalang mereka daripada bersuara.

Peter yang dipetik oleh Borneo Post pada selasa lalu berkata “pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pacos harus mematuhi undang-undang dan peraturan negeri dan tidak boleh dibenarkan untuk menghasut rakyat.”

“Sekiranya mereka mahu melakukan apa-apa, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan.”

Peter turut berkata akan mencadangkan untuk mengemaskini undang-undang sedia ada untuk mengawal NGO.

Dalam reaksi balas memetik portal FMT, Bersih 2.0 (Sabah) mengutuk keras kenyataan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah tersebut, yang menyatakan mahu mengawal dan menghalang masyarakat awam bercakap untuk mempertahankan masyarakat tempatan yang terjejas oleh projek-projek kerajaan (Warisan).

Bersih berkata lagi “kenyataan seperti ini benar-benar memalukan dan tidak mencerminkan aspirasi rakyat.”

“Pertubuhan masyarakat sivil hanya menyuarakan suara komuniti mereka yang terjejas atau dipindahkan oleh projek-projek kerajaan mega (merujuk kepada cadangan empangan Papar), Anthony mesti menghormati hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.”

“Rakyat di kalangan masyarakat bawahan hanya menyuarakan suara mereka sebagai saluran untuk mengkritik dan menolak dasar-dasar kerajaan yang tidak mengambil kira kepentingan masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya.”

Dalam pada itu, aktivis bebas lainnya turut menyifatkan kerajaan Warisan Sabah hari ini terlalu sombong dan angkuh serta tidak boleh ditegur.

“Pesan kami kepada Peter jangan biadap terhadap rakyat. Majoriti aktivis yang menentang empangan Papar adalah datangnya daripada penduduk asal Papar dan Penampang dan kami ingin menyatakan bahawa rata-rata kami adalah pengundi Parti Warisan kerana kami yakin Warisan tidak akan meneruskan empangan tersebut selepas mentadbir Negeri Sabah,malangnya perkara berlaku sebaliknya.”

“Shafie Apdal dan Peter Anthony harus ingat, mereka jadi kerjaaan pada hari ini pun disebabkan oleh wakil rakyat “KATAK” (melompat parti) yang menyokong mereka sehingga mereka membentuk kerajaan.”

Foto Ewon Benedick dan Abidin Madingkir semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah…

“Rakyat akan sentiasa mengingati dan akan mengenang wajah-wajah “pemimpin katak” seperti wakil rakyat Bugis Muis Picho, Hamisa Samat termasuk Madius Tangau, Ewon Benedict dan Abidin Madingkir kerana merekalah Parti Warisan memerintah pada hari ini dan akhirnya rakyat menerima kesan kemusnahan oleh Warisan” reaksi aktivis-aktivis membantah empangan dalam satu kenyataan.