Jangan Cuba Bodohkan Rakyat Sabah!!! Kerajaan Warisan Boleh Batalkan Lesen Balak Kalau...

Jangan Cuba Bodohkan Rakyat Sabah!!! Kerajaan Warisan Boleh Batalkan Lesen Balak Kalau Mereka Mahu? – Aktivis Alam Sekitar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seperti mana kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak enam syarikat yang mengendalikan sebanyak 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah berkuatkuasa 15 Jan 2019 yang lalu, syarikat yang memiliki lesen balak di Sabah juga boleh dibatalkan.

Foto dipetik daripada portal berita Bernama.com…

Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Apdal kelmarin kononnya bukan mudah membatalkan lesen balak yang telah dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu, beberapa orang aktivis yang ditemui berkata “kenapa kontrak pembersihan air yang diberikan kepada enam syarikat boleh dibatalkan?, alasan pembatalan kononnya merugikan rakyat Sabah tetapi dalam masa yang sama kelulusan lesen balak pula diteruskan.”

Foto dipetik daripada portal tempatan Sabah…

“Ini jelas tidak masuk akal dan cuba memperbodohkan rakyat Sabah, bukankah kesan kepada penebangan balak ini akan lebih memudaratkan kepada rakyat Sabah.”

Datuk Peter Anthony sebelum ini dalam satu kenyataan pada disember 2019 yang lalu mengesahkan telah menamatkan kontrak enam syarikat yang mengendalikan sebanyak 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah juga atas alasan sama kerana merugikan kerajaan negeri Sabah.

Dua hari yang lepas rakyat Sabah dikejutkan selepas tersebarnya video puluhan lori dan kenderaan orang awam terkandas akibat sebuah lori jenis treler telah terbalik dan menyebabkan balak yang diangkat telah berjatuhan ke jalan raya.

Orang ramai yang mengulas video ini jelas amat marah kemudian mempersoalkan kenapa aktiviti pembalakan semakin rancak di Sabah sejak Parti Warisan memerintah.

 

 

 

 

 

 

“Aktiviti pembalakan bukan sahaja dikesan di Nabawan, tetapi juga di Papar dan beberapa tempat lain di seluruh Sabah.”

“Jika kerajaan terpaksa berhadapan dengan tindakan saman oleh pemegang lesen tersebut, ini adalah tindakan terpuji demi kebaikan rakyat Sabah. Cuba bayangkan apa akan berlaku jika kerja-kerja pembalakan ini tidak dihentikan 4 tahun dari sekarang? sudah tentu balak di seluruh Sabah akan habis sementara menunggu balak yang ditanam semula cukup tua untuk ditebang semula,” menurut mereka lagi.

Dalam pada itu, aktivis lainnya turut mempersoalkan sebelum ini wujud dakwaan yang menyatakan bahawa setiap lori balak yang mengangkut balak adalah milik kepada Tan Sri Musa Aman, “sekarang kerajaan telah bertukar tangan, sedangkan aktiviti pembalakan masih diteruskan, ini adalah jelas bahawa tuduhan yang dilemparkan kononnya balak di Sabah adalah milik Musa Aman terbukti fitnah dan tidak benar.”

Beberapa hari yang lalu sebuah badan bukan kerajaan NGO, ‘Gerakan Anti Rasuah Malaysia’ atau ‘GERAM’ juga turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin tidak terkawal.

‘GERAM’ berkata SPRM diminta mewujudkan pasukan khas dan tampil menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin menjadi-jadi dan turut khuatir ianya akan menyebabkan bencana alam terutamanya banjir dan yang lebih parah lagi adalah pencemaran air sungai untuk kegunaan harian penduduk kampung.