Johari Tegaskan Hanya Khabar Angin Beliau Tinggalkan UMNO

Johari Tegaskan Hanya Khabar Angin Beliau Tinggalkan UMNO

0
SHARE
Datuk Seri Johari Abdul Ghani...

Kenyataan Akhbar Oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani Berhubung Khabar Angin Tinggalkan UMNO;

Saya telah mendapat perhatian bahawa khabar angin berleluasa dalam kalangan politik yang saya akan meninggalkan UMNO mengikuti jejak dua pemimpin baru-baru ini yang memilih untuk mengambil jalan yang berbeza.

Saya ingin menyatakan bahawa saya akan terus berkhidmat kepada UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan selagi perkhidmatan saya diperlukan oleh Kepimpinan UMNO.

UMNO perlu bersaing dengan keperluan negara yang berubah-ubah dan saya berdedikasi untuk menjadi sebahagian daripada proses pembaharuan yang perlu dilakukan oleh UMNO untuk menjadi lebih relevan kepada rakyat.

Dengan kepimpinan dan pemimpin yang betul, saya percaya bahawa UMNO akan berjaya dalam usaha untuk mendapatkan semula amanah dan mandat rakyat di negara ini.

DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
Pengerusi Perhubungan UMNO & BN Wilayah Persekutuan