Jokowi Cadang Ibu Negara Indonesia Dipindahkan Ke Borneo

Jokowi Cadang Ibu Negara Indonesia Dipindahkan Ke Borneo

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi secara rasminya mencadangkan kepada parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo.

Memetik laporan Reuters, Jokowi menyatakan cadangan itu ketika berucap di parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.

“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas memenangi pilihan raya April lalu.

“Ibu negara bukan sekadar satu simbol identiti nasional, ia juga adalah gambaran kemajuan sebuah negara. Ia adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi,” katanya, tanpa menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu itu.