Jon James, Penyanyi Rapper Kanada Mati Semasa Pembuatan Video Muzik

Jon James, Penyanyi Rapper Kanada Mati Semasa Pembuatan Video Muzik

0
SHARE

KANADA – Seorang penyayi ‘rapper’, Jon James McMurray, 34, yang berasal daripada Kanada telah meninggal dunia setelah aksi yang difilemkannya di sayap pesawat terbang berjalan di laluan salah.

Jon James McMurray, yang dirakam di bawah nama Jon James disahkan kematiannya setelah jatuh di British Columbia.

Memetik video di akaun Instagram miliknya, Jon mempamerkan aksi sukan ekstrem atau lasak tersebut dan dia dikatakan perlu berlatih selama beberapa bulan untuk berjalan di sayap pesawat.

“Ketika Jon keluar ke sayap itu menyebabkan Cessna kecil masuk ke lingkaran bawah sehingga juruterbang itu tidak dapat membetulkannya,” kata pengurus pemuzik itu kepada media.

“Jon memegang sayap sehingga dia terlambat untuk melepaskan dan dia tidak mempunyai masa untuk menarik pelongsornya.

“Dia terhentak kuat dan mati serta-merta.”

Juruterbang mendarat dengan selamat selepas kematian Jon.

Rakan Jon, Rory Bushfield menambah bahawa dia akan “merancang untuk segala-galanya”.

“Ia sepatutnya mudah, ia adalah salah satu daripada perkara-perkara ini, kami tidak pasti apa yang berlaku.”

Memetik Instagram Rory, beliau menulis penghormatan yang menyentuh perasaan, meminta Jon untuk menjaga seorang sahabat yang lain dalam kehidupan akhirat.

Rory juga telah menubuhkan kempen GoFundMe bertajuk ‘The Jon James Project’ dengan misi mencapai nilau AS$2 juta.