Jual Oksigen Tulen Yang Mampu Hilangkan Rasa Sesak Nafas Dan Pening

Jual Oksigen Tulen Yang Mampu Hilangkan Rasa Sesak Nafas Dan Pening

0
SHARE

BRISBANE, AUSTRALIA – Jual oksigen tulen kepada orang ramai yang dipercayai mampu pulihkan rasa pening dan sesak nafas kepada penggunaan selepas menyedut oksigen dari dalam tin tersebut sebanyak 20 kali.

Hal ini didakwa sendiri oleh pasangan kekasih, Wendy dan Robert Badke yang berasal dari negeri Queensland, Australia.

“Oksigen dalam tin itu menumpukan tahap kecergasan dan alternatif kepada minuman kopi dan tenaga yang selamat,” kata Wendy kepada stesen televisyen 7News baru-baru ini.

Tin Oxygen Lift yang kecil dijual pada harga A$15 (RM43) dan A$22 (RM64) bagi tin besar…

Pasangan itu mendapat idea jualan tersebut selepas menjumpai satu produk yang hampir serupa di Kanada di mana hasil produk mereka mampu untuk membantu mempercepatkan pemulihan tisu-tisu otot berikutan peningkatan kadar oksigen dalam darah badan.

Namun, orang ramai masih tidak percaya dengan keberkesanan produk berkenaan dan mempertikaikan bayaran mahal yang perlu dibayar semata-mata untuk menghirup udara.