Juara Dunia 100m Coleman Berdepan Penggantungan 2 Tahun

Juara Dunia 100m Coleman Berdepan Penggantungan 2 Tahun

0
SHARE
Christian Coleman...

LOS ANGELES – Bintang baru juara dunia 100 meter pecut, Christian Coleman berdepan penggantungan dua tahun selepas dia sendiri mendedahkan dirinya terlepas ujian dadah pada Disember lalu.

Bintang pecut Amerika Syarikat itu yang terlepas penggantungan tahun lalu selepas melanggar tiga peraturan anti-doping sepanjang 2018 dan 2019 – mendedahkan butiran bagaimana dia gagal menjalani ujian menerusi Twitter.

Coleman yang dipetik AFP berkata bahawa dia gagal mencabar keputusan Unit Integriti Olahraga bahawa dia tidak menjalani ujian pada 9 Disember 2019.

“Dan kini ia mungkin menyebabkan saya digantung daripada satu lagi kegagalan yang berlaku lebih setahun lalu,” kata Coleman.

Kenyataan Coleman menerusi Twitter turut disertakan salinan surat pemberitahuan daripada AIU mengenai kegagalan melakukan ujian itu.

Jika kes berkenaan disahkan, Coleman boleh dikenakan penggantungan sehingga dua tahun seterusnya mengetepikannya daripada Sukan Olimpik tahun depan di Tokyo.