Jufazli Bakal Berdepan Saman Fitnah

Jufazli Bakal Berdepan Saman Fitnah

0
SHARE
KOTA KINABALU, SABAH – Aktivis, Jufazli Shi Ahmad bakal berdepan saman fitnah kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap presiden Parti STAR Datuk Jeffrey Kitingan baru-baru ini.
Satu laporan polis dibuat ke atas beliau di balai polis Tambunan oleh Ketua Bahagian STAR Tambunan, Patrick Bin Paunil hari ini.
Laporan polis berkenaan turut menggesa pihak berkuasa supaya turut menyiasat enam orang ADUN BN yang melompat menyertai Parti Warisan Sabah.
Julfazli yang bertanding di kerusi DUN N46 TANJONG PAPAT pada PRU lalu hilang deposit selepas mendapat 533 undi berbanding Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dari parti BN mendapat 4002 undi. Kerusi tersebut dimenangi Frankie Poon dari parti DAP yang mendapat 5818 undi.