Jumlah Kematian ‘Koronavirus’ Di China Makin Meningkat Ke 803 Kes

Jumlah Kematian ‘Koronavirus’ Di China Makin Meningkat Ke 803 Kes

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Jangkitan wabak ‘Koronavirus’ mencatatkan jumlah peningkatan kematian terbaharu di China iaitu sebanyak 803 kes yang kini menjadi kebimbangan global.

Jumlah ini dicatatkan selepas wilayah Hubei melaporkan 81 kematian terbaharu dan menjadikan angka terkini kini itu lebih tinggi daripada jumlah kematian global yang disebabkan oleh Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh 774 orang pada 2002-2003.

Seorang jururawat memakai pakaian perlindungan memberi makan pesakit “Koronavirus’ baru di dalam wad terpencil di Hospital Zhongnan, Universiti Wuhan, semasa Pesta Cahaya, yang menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina di Wuhan, Wilayah Hubei, China…(Sumber foto Reuters)

Dalam perkembangan terkini yang dipetik AFP, suruhanjaya kesihatan Hubei juga mengesahkan sebanyak 2,147 kes baru di wilayah berkenaan di mana kemunculan wabak itu bermula pada, Disember lalu.