Kad Pintar Berteknologi Tinggi Diperkenalkan Buat Jemaah Haji Tahun Ini

Kad Pintar Berteknologi Tinggi Diperkenalkan Buat Jemaah Haji Tahun Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JEDDAH, ARAB SAUDI – Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan kad pintar berteknologi tinggi di mana mampu  menyimpan maklumat peribadi jemaah, status kesihatan, kediaman dan perincian perjalanan haji mereka.

Memetik laporan akhbar tempatan Arab News, lebih kurang 25,000 orang jemaah haji di Mina akan mula menggunakan kad pintar tersebut melalui program perintis yang dilancarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kad pintar tersebut juga akan dilengkapi aplikasi pengesan lokasi untuk memantau perge­rakan jemaah yang dikendalikan sebuah pusat kawalan di Mina.

“Ini adalah peringkat ujian untuk satu inisiatif haji pintar yang kami sedang bangunkan dan kami akan mengkaji sejauh mana ia dapat memberi manfaat kepada jemaah haji,” kata Ketua Perancangan dan Strategi kementerian tersebut, Dr. Amr Al-Maddah.

“Bilangan kad akan di­tingkatkan untuk tahun-tahun akan datang bagi melibatkan lebih ramai jemaah haji di kawasan lain,” tambahnya.

Kementerian itu juga akan mengeluarkan sehingga 200,000 kad pe­ngenalan jemaah yang akan mengandungi teknologi penyimpanan maklumat serupa tetapi tanpa dilengkapi ciri pengesan lokasi berkenaan.

Kad berkenaan boleh diimbas, membolehkan penyedia perkhidmatan haji mengenal pasti jemaah dengan segera, melihat sejarah perubatan dan menentukan jenis bantuan yang perlu dihulurkan