Kami Akan Bangkit Pertahankan Tanah Kampung Kami – Penduduk Kg. Sim-Sim Sandakan

Kami Akan Bangkit Pertahankan Tanah Kampung Kami – Penduduk Kg. Sim-Sim Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – “Kalau surat sokongan yang tular ini benar, kami akan tampil beramai-ramai mempertahankan tanah ini, pentadbiran Parti Warisan dan Shafie Apdal semakin teruk!!, sepatutnya tanah ini diberikan kepada penduduk asal Sandakan dan bukannya diberikan kepada syarikat swasta”, ini adalah reaksi spontan oleh penduduk di Kampung Sim-Sim selepas surat sokongan permohonan tanah tular di media sosial Facebook sejak pagi tadi.

Surat yang bertarikh 10 Jun yang telah ditandatangani oleh Francis Au, Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri Sabah ditujukan kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah bertajuk ‘PERMOHONAN KELULUSAN TANAH SELUAS 740 EKAR DI TEPI LAUT SIM-SIM SANDAKAN UNTUK MEMBINA PROJEK PELABUHAN PUSAT TARIKAN PELANCONG DAN PEMPROSESAN MAKANAN LAUT UNTUK DIEKSPORT KE ANTARABANGSA’.

Francis turut menulis di dalam surat tersebut seperti berikut, “Dimaklumkan bahawa perkara berkenaan telah di bawa ke perhatian YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah. Justeru dikemukan pihak YBHG Datuk ( Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah) untuk perhatian dan tindakan sewajarnya sesuai dengan nota bidai daripada YAB Ketua Menteri”.

Untuk rekod penduduk yang menetap di Kampung Sim-Sim Sandakan adalah 100 peratus beragama Islam…

Dalam pada itu, salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sandakan yang enggan namanya disiarkan berkata, “kalaulah benar Shafie Apdal menyokong permohonan tanah yang dibuat oleh syarikat swasta seperti yang telah tular di media sosial, ini adalah satu malapetaka besar bagi penduduk Sandakan, kalau merujuk kepada surat tersebut turut menunjukkan Shafie maklum akan permohonan daripada Syarikat terbabit.”

“Sepatutnya tanah tersebut boleh dibangunkan untuk membina rumah mampu milik, memandangkan masih ramai lagi penduduk Sandakan masih tidak memiliki rumah sendiri sebaliknya ramai di antara mereka yang telah berkeluarga menumpang di rumah ibu bapa mereka”.

“Saya turut berharap agar kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Sabah akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Tun Mahathir, meskipun Tun tidak mempunyai kuasa terhadap tanah di Sabah, namun sekurang-kurangnya Tun boleh menasihati Shafie berkenaan hal ini.”

“Harus diingat penduduk Kampung Sim-Sim ramai di antara mereka turut mempunyai keahlian Parti Warisan Sabah termasuk Parti Pribumi Bersatu,” beliau berkata lagi.