Kami Tidak Akan Maafkan Shafie, Baik Letak Jawatan Segera, Dia Ketua Menteri...

Kami Tidak Akan Maafkan Shafie, Baik Letak Jawatan Segera, Dia Ketua Menteri Yang Paling Gagal – Rakyat Sabah

0
SHARE
Shafie Apdal...

KOTA KINABALU, SABAH – Emosi rakyat cukup terganggu dan tidak kurang juga ramai yang marah mendengar permohonan maaf dari Shafie Apdal selepas gagal menyampaikan bantuan COVID-19 kepada rakyat Sabah yang terjejas.

Shafie Apdal, dipetik melalui portal berita tempatan kelmarin berkata, beliau memohon maaf secara terbuka kepada setiap rakyat Sabah yang masih belum menerima bantuan berkenaan.

Shafie mengakui kelemahan dan memohon maaf gagal bantu rakyat Sabah…(Sumber foto dipetik dari portal media tempatan)

Sebelum ini pada 25 mac 2020, Shafie Apdal telah mengumumkan pakej bantuan sebanyak RM670 juta bagi membantu mengurangkan kesan negatif kepada rakyat Sabah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Shafie mengumumkan bantuan sebanyak RM650 juta untuk membantu rakyat Sabah yang terjejas akibat PKP…(Sumber foto dipetik dari BH Online)

Shafie juga yang dipetik portal BH Online pada 8 April turut mengatakan bahawa bantuan COVID-19 berjalan lancar di seluruh Sabah di mana seramai 63,092 individu telah menerima Bantuan Khas COVID-19 yang dibayar secara ‘sekali bayar’ (one-off) RM300 seorang walaupun telah dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah.

Shafie sebelum ini mengakui bantuan COVID-19 berjalan dengan lancar walaupun dinafikan oleh rakyat Sabah…(Sumber foto dipetik dari BH Online)

Ironinya, selepas bantuan tersebut diumumkan sehingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah yang terjejas mengakui masih belum menerima sebarang bantuan seperti yang dijanjikan oleh Shafie walaupun telah membuat pendaftaran.

Yang lebih pelik lagi semasa membuat pengumuman bantuan COVID-19 untuk rakyat Sabah tersebut, Shafie telah memasukkan pula peruntukan lebih RM200 juta untuk pelaksanaan projek-projek Pembangunan Infrastruktur dan menurut sebahagian besar rakyat Sabah sepatutnya peruntukan tersebut diagihkan kepada bantuan ‘one-off’ kepada rakyat Sabah yang belum berdaftar dengan E-Kasih ataupun bagi membeli barangan makanan untuk rakyat yang terjejas teruk semasa PKP dikuatkuasakan sebelum ini.

Peruntukan 200 juta untuk pembangunan semasa wabak dikecam oleh rakyat Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook…
Sumber foto dipetik daripada Facebook…

Menurut pemerhati politik bebas pula, ada baiknya Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana telah gagal sepenuhnya menunaikan tanggungjawab untuk membantu kebajjkan rakyat Sabah.

“Hati rakyat Sabah cukup terluka”.

“Persoalannya sekarang adakah dengan hanya memohon maaf masalah rakyat akan mampu diatasi.”

Sejak awal lagi Shafie dilihat pincang di dalam mengurus tadbir negeri Sabah.

“Shafie sibuk berpolitik mahu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin akhirnya rakyat terabai.”

Shafie dilihat lebih mengutamakan kontraktor daripada menjaga kebajikan rakyat, sebagai buktinya Shafie telah memasukkan peruntukan bantuan COVID-19 untuk Pembangunan Infrastruktur sebanyak RM200 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai rakyat Sabah yang mengadu kelaparan semasa PKP dikuatkuasakan tempoh hari.

Berikut adalah sebahagian kecil komen-komen marah rakyat Sabah terhadap Shafie Apdal berhubung perkara ini;