Kaunter ‘Claim’ Duit Minyak Pakatan Harapan Kat Mana? – Tanya Najib

Kaunter ‘Claim’ Duit Minyak Pakatan Harapan Kat Mana? – Tanya Najib

0
SHARE

CAMERON HIGHLAND, PAHANG – Selepas tular beberapa keping gambar yang menunjukkan dengan jelas seorang wanita memakai baju t-shirt berwarna merah tertera logo PH (Pakatan Harapan) sedang mengagihkan wang kepada masyarakat orang asli di Cameron Highland baru-baru ini, Dato’ Seri Najib turut memuat naik kenyataan sindirian (troll) di laman sosial facebook milik┬ábeliau berbunyi “kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana? “.

Najib turut memuat naik gambar membonceng motorsikal seolah-olah tengah mencari wang yang dikatakan elaun minyak tersebut.

Sebelum ini Dato’ Seri Najib turut memuat naik pertanyaan “oh. Sukarelawan dibawa dengan bas, rupanya.

“Kalau PH nak bagi duit minyak pun, bagilah pada pemandu bas.

“Mengapa nak bagi duit minyak kepada penumpang bas?”.

Duit untuk minyak apa itu?

“Minyak cap kapak kerana penumpang pening dalam perjalanan bas?. Patutlah media semalam melaporkan DAP perlu bermesyuarat berjam-jam sebelum mampu mengeluarkan penjelasan untuk gambar-gambar tular itu” soal Najib lagi.

Kedua status terbaru Najib tersebut telah dikongsikan hampir 10 ribu pengguna media sosial facebook.