Kecewa Dengan Kerajaan PH Tutup Sekolah Tahfiz – Dr Asyraf Wajdi

Kecewa Dengan Kerajaan PH Tutup Sekolah Tahfiz – Dr Asyraf Wajdi

0
SHARE
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki...

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO kecewa dengan gesaan agar kerajaan Pakatan Harapan menutup sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan kepada masa depan generasi baru Islam.

Memetik kenyataan Sinar Harian, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipetik berkata bahawa kenyataan demikian tidak berasas dan hanya menzahirkan kedangkalan terhadap usaha memartabatkan agenda tahfiz yang sudah dimulakan kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya, di bawah kerajaan BN, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) telah digubal dengan bermatlamatkan untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Mereka ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 juzuk al-Quran, malah mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran teknikal. Untuk itu, kerajaan lalu juga sudah memulakan program perintis di 31 buah Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh, dan empat buah MRSM di bawah Kurikulum Baru Tahfiz Ulul Albab.  

“Semua usaha ini digerakkan atas kesedaran dan semangat untuk membangunkan generasi baru Islam yang seimbang dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Serta mampu menerajui kecemerlangan negara masa depan tanpa sedikit pun berorientasikan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, Pemuda UMNO menggesa kerajaan Harapan agar meneruskan DPTN.

“Kalaupun ada kelemahan dalam DPTN ini, kerajaan berhak memperkasakannya dan bukannya menghapuskan…

“Harus diingatkan juga, apa jua keputusan kelak yang menyentuh sekolah-sekolah tahfiz mesti dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukannya menteri agama,” katanya.