Kehadiran Penceramah Terkenal Indonesia Diraikan Di Istana Negeri Bersama TYT

Kehadiran Penceramah Terkenal Indonesia Diraikan Di Istana Negeri Bersama TYT

0
SHARE
Tun Juhar (enam, kanan), Toh Puan Norlida (lima kanan), Al Hambra (empat kanan) dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Nur Jauhar merakamkan gambar kenangan bersama Abdul Somad (tengah) di Istana Negeri...

KOTA KINABALU, SABAH – Kehadiran penceramah terkenal Indonesia, Abdul Somad Batubara di sini diraikan dalam satu Majlis Jamuan Teh di Istana Negeri.

Abdul Somad berada dua hari di sini atas inisiatif Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyampaikan ceramah umum kepada umat Islam.

Pada majlis itu, beliau yang juga Pensyarah Bahasa Arab dan Tafsir Hadis, Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau menyampaikan tazkirah yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Nur Jauhar.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni hadir menyerikan majlis.

Terdahulu, Abdul Somad menghadiri sesi perjumpaan dan ceramah agama di Masjid Bandaraya pada Isnin serta di Masjid As-Sobirin Putatan, Dewan Sa’adah Wisma MUIS, Masjid Negeri dan Ceramah Umum di Masjid Cahaya Iman Membakut pada Selasa.