Keluarga Nafi Sultan Johor Penyebab Prebet Adam Mengamuk

Keluarga Nafi Sultan Johor Penyebab Prebet Adam Mengamuk

0
SHARE
Sumber Foto; Suara TV

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Prebet Adam Jaafar yang dikaitkan dengan Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail memohon maaf kepada keluarga Diraja tersebut.

Adiknya, Hawa Jaafar turut menafikan bahawa adiknya dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu semasa berkhidmat sebagai caddy golf kepada Almarhum.

“Kami sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama ini kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

“Saya ingin jelaskan bahawa tindakan Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ketika itu, kerana mempunyai masalah di tempat kerja dan bukan adik kami dibunuh oleh Sultan Johor,” jelasnya yang ditemani oleh dua adiknya Arina Jaafar dan Arman Jaafar.

Hawa berkata, kesemua adik beradiknya masih hidup hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975, kerana rumah kami terbakar dan Adam adalah abg yang sulung daripada sembilan beradik.

Sumber Foto; mynewshub

“Suka untuk saya jelaskan bahawa kami sekeluarga tidak mana-mana keluarga kerabat Johor, kami juga pernah difitnah kerana menerma wang sogokan RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara itu.

“Kami orang biasa lihat keadaan rumah kami. Saya ingin jelaskan bahawa kami tidak pernah menerima wang dari mana-mana pihak,” katanya.

Prebet Adam menggemparkan negara pada 1987, dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang dalam satu kejadian amuk di Kuala Lumpur, dan beliau terlepas daripada hukuman mati serta dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan kerana disahkan tidak siuman.