Kematian Adib, PAS Desak Kerajaan PH Beri Keutamaan Untuk Siasatan Lanjut

Kematian Adib, PAS Desak Kerajaan PH Beri Keutamaan Untuk Siasatan Lanjut

0
SHARE
Datuk Hashim Jasin...

ALOR SETAR, KEDAH – PAS mendesak kerajaan memberi keutamaan terhadap siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat parah diserang perusuh dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, siasatan mengenai perkara itu perlu didahulukan memandangkan rakyat telah meletakkan harapan yang tinggi untuk kerajaan menyelesaikannya secepat mungkin bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam, Isnin (17 Dis) lalu.

– BERNAMA