Kenapa Beri Peruntukan Kepada Kolej ‘Persendirian’ Cina? – KJ

Kenapa Beri Peruntukan Kepada Kolej ‘Persendirian’ Cina? – KJ

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ mempertikaikan kenapa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikan peruntukan kewangan kepada Kolej Swasta Cina.

Khairy memuat naik komen tersebut hari ini, di laman sosial facebook milik beliau sendiri dan telah dikongsikan hampir 1300 orang.

Khairy berkata “semasa pembentangan belanjawan, peruntukan bantuan ada disebut untuk sekolah menengah persendirian Cina yang memang saya bantah. Tidak ada sebab kerajaan bagi duit pula kepada sekolah swasta seperti Kolej Universiti New Era”.

Khiary turut mempersoalkan atas sebab apa Kolej persendirian Cina ini mendapat bantuan…

Menurut sumber, sejak Malaysia MERDEKA, ini adalah kali pertama Kolej persendirian Cina diberikan bantuan kewangan oleh Kerajaan sejak Lim Guan Eng menerajui dan mengawal Kementerian Kewangan. Malahan, sebelum ini kolej persendirian milik Melayu juga dikatakan tidak pernah menerima peruntukan kewangan daripada Kerajaan.

Lim Guan Eng…

Netizen turut mengajukan pelbagai persoalan kepada Lim Guang Eng, diantaranya ialah “Adakah Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan akan turut memberikan bantuan kewangan kepada pemilik Kolej berbangsa Melayu Bumiputera?”.

Selepas KJ memuat naik status tersebut, pemilik Kolej Melayu juga berharap agar Lim Guan Eng turut menyalurkan peruntukan yang serupa kepada Kolej mereka, memandangkan ketika ini banyak pihak kolej berhadapan dengan situasi sukar bagi mendapatkan pelajar baharu serta kekangan kewangan lainnya.

Berikut adalah komen-komen daripada para netizen berhubung isu ini;