Kenapa Shafie Apdal Tidak Hantar Warga Filipina Pulang Sedangkan Di Sana Telah...

Kenapa Shafie Apdal Tidak Hantar Warga Filipina Pulang Sedangkan Di Sana Telah Aman? – Soal Warga Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Kami cukup hairan apa masalah Shafie tidak menghantar pulang warga Filipina yang memiliki dokumen IMM13, Kad banci dan Burung-Burung sedangkan di Selatan Filipina ketika ini telah aman dan tidak lagi berlaku peperangan selepas wujudnya perjanjian damai di antara MILF dan kerajaan Filipina bagi membentuk autonomi”.

Dipetik daripada laman rasmi media sosial Facebook Shafie Apdal…
Dipetik daripada laman rasmi media sosial Facebook Shafie Apdal…

“Bukankah Shafie sendiri berikrar untuk menjaga hak kepentingan rakyat Sabah sewaktu berkempen pada PRU ke-14, kenapa tidak tarik balik saja IMM13, Kad banci dan Burung-Burung dan suruh mereka pulang secara sukarela?”

“Shafie sepatutnya pergi berjumpa Presiden Filipina minta bantu kerajaan Filipina untuk membuka kaunter pendaftaran permohonan Pasport di Sabah kalau mereka tidak mampu pulang.”

“Kerajaan Filipina akan terus menuntut Sabah kerana tahu masih ramai lagi warga Filipina tinggal di Sabah, yang agak menghairankan Shafie bantu pula rakyat mereka untuk dapatkan dokumen PSS.”

Dipetik daripada portal berita New Straits Times…

“Shafie dilihat bersungguh-sungguh membantu warga Filipina yang berada di Sabah tetapi mengabaikan kepentingan rakyat Sabah sendiri, masalah pengangguran semakin bertambah, pendapatan rakyat Sabah semakin berkurang, harga barang meningkat naik, pendapatan peniaga jatuh , harga sawit dan getah menjunam, sepatutnya Shafie fokus hal-hal sebegini dan bukannya menjadi juara kepada warga Filipina di Sabah”.

“Pemimpin Warisan tuduh pendatang Filipina ramai di Sabah disebabkan kesilapan kerajaan terdahulu, sekarang Warisan telah mentadbir kerajaan Negeri Sabah kenapa tidak hantar mereka pulang sebaliknya yang cukup pelik mereka diberikan pula dokumen PSS”.

“Alasan kononnya pemutihan dan pemberian dokumen ini untuk membolehkan mereka bekerja di sektor perladangan amat tidak masuk akal. Kami cabar Shafie buktikan di mana estet yang menggunakan khidmat warga Filipina untuk memetik dan mengangkat sawit, harus diingat majoriti pekerja ladang di estet adalah warga Indonesia termasuk warga tempatan Sabah, kalau pun ada warga Filipina yang bekerja terlalu kurang dari jumlah ratusan ribu orang.”

“Adakah 600 ribu warga Filipina akan diberikan PSS hanya berstatus ibu bapa bagaimana pula dengan anak-anak mereka, sekiranya purata kasar satu keluarga mempunyai tiga orang anak bayangkan berapa jumlah keseluruhan mereka akan tinggal di Sabah, tidak dapat dibayangkan untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.”

“Sebagai rakyat Sabah kami mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan tidak mempunyai masalah untuk warga Filipina tinggal di Sabah namun pemberian PSS sebagai langkah tidak tepat oleh Shafie Apdal”.

“Sebagai salah seorang bekas pengundi dan penyokong Parti Warisan kami berjanji akan memastikan Parti Warisan berkubur pada PRU ke-15 yang akan datang dan ini tidak mustahil boleh berlaku”.

Komen di atas adalah sebahagian daripada hasil temubual beberapa orang rakyat Sabah bagi mengulas pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) hasil usaha Datuk Seri Shafie Apdal.

Di bawah ini pula merupakan komen daripada warganet berhubung isu ini;