Kenny Chua Pembantu Menteri Shafie Apdal Kurang Ajar Hina Tun Mahathir Dengan...

Kenny Chua Pembantu Menteri Shafie Apdal Kurang Ajar Hina Tun Mahathir Dengan Gelaran “FUCK YOU!!”?, Polis Dan Peguam Negara Diminta Bertindak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas orang kanan Shafie Apdal yang dikenali sebagai Ismaily Bungsu menghina Tun Mahathir dengan gelaran ‘ULAR’ yang merujuk kepada gelaran ‘penipu’, kini giliran YB Kenny Chua pula telah menghina Tun Mahathir dengan perkataan yang dianggap tidak senonoh dan biadap iaitu dengan panggilan FUC* You (F U).

Kenny Chua adalah Pembantu Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan turut dikenali sebagai pemimpin yang rapat dengan Shafie. Kenny yang juga adalah ADUN PKR Inanam telah membuat penghinaan tersebut melalui akaun Facebook miliknya beberapa hari yang lalu.

Dalam pada itu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Penyelaras Parlimen Jasin dipetik berkata “tindakan Kenny menghina Tun Mahathir dianggap biadab dan tidak boleh diterima. Gelagat kurang ajar terhadap perdana menteri tidak harus dipandang remeh, walaupun Kenny seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak masuk ke Sabah penghinaan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan oleh Kenny”.

Menurut maklumat, satu laporan Polis juga telah dibuat terhadap Kenny oleh penyokong BERSATU di Sabah serta orang ramai turut mendesak dan meminta agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara segera mengambil tindakan untuk mendakwa Kenny kerana telah telah mengeluarkan kenyataan kesat dan tidak senonoh yang sepatutnya dikeluarkan dari lisan seorang wakil rakyat apatah lagi Kenny adalah Pembantu Menteri kepada Shafie Apdal.

Namun, wujud juga pandangan sinis daripada sesetengah pihak kononnya Kenny tidak mungkin akan diambil tindakan memandangkan Menteri yang bertanggung jawab berkaitan undang-undang di Malaysia adalah Ahli Parlimen Parti Warisan sendiri.

Pemimpin Tertinggi UMNO Sabah turut berpandangan bahawa Kenny tidak sepatutnya memaki Tun Mahathir dengan perkataan yang sedemikian dan meskipun mereka bebeza fahaman politik, pemimpin-pemimpin UMNO Sabah tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Tun Mahathir.

Mutakhir ini, beberapa orang pemimpin dan penyokong Parti Warisan Sabah dikatakan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Tun Mahathir susulan keputusan BERSATU bersetuju untuk melebarkan sayap parti tersebut ke Sabah.

Menurut pandangan beberapa pemerhati politik, agak menghairankan kenapa pemimpin-pemimpin Warisan termasuk yang terkini Kenny daripada parti PKR kurang senang untuk BERSATU datang ke Sabah, walhal BERSATU juga adalah sebahagian daripada parti utama gabungan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP dan PKR.

Malahan kedua-dua parti tersebut juga kini berada dalam barisan kabinet Shafie Apdal.

Justeru, sepatutnya BERSATU juga sepatutnya mendapat layanan yang adil dan saksama sama seperti DAP dan PKR.