Keputusan Belum Muktamad Untuk Malaysia Sertai Olimpik Tokyo 2020 – Reezal Merican

Keputusan Belum Muktamad Untuk Malaysia Sertai Olimpik Tokyo 2020 – Reezal Merican

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal dilangsungkan mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos ini selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan bahawa temasya sukan terbesar itu tetap akan dijalankan seperti yang telah dirancang.

Namun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum memberi keputusan muktamad sepenuhnya walaupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menyokong keputusan IOC.

Menurut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kini menerajui KBS berkata bahawa kementeriannya masih utuh dengan pendirian yang keselamatan dan kesihatan atlet menjadi keutamaan selain menanti pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penularan wabak COVID-19 mutakhir ini.

“Keputusan masih belum muktamad,” kata Reezal.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican…

“Saya yakin IOC juga akan mengambil pandangan dan nasihat daripada WHO dan PBB…

“Tentu sekali akan berubah dari semasa ke semasa dan kita ada lebih kurang empat bulan lagi daripada tempoh Sukan Olimpik ini dianjurkan dan kita akan lihat dan putuskan secara muktamad bila mana kita melihat perkembangan daripada semasa ke semasa mengenai COVID-19 ini.”

Terdahulu, MOM dengan sendirinya telah mengundi untuk menyokong keputusan IOC yang mahu meneruskan temasya berkenaan mengikut jadual asal meskipun sehari sebelumnya, menyatakan pendirian Olimpik Tokyo wajar ditangguhkan sekiranya COVID-19 bertambah serius dan mendatangkan ancaman kepada keselamatan atlet dan pegawai.