Keputusan Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah Musa Vs. Shafie Telah Diatur Lebih...

Keputusan Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah Musa Vs. Shafie Telah Diatur Lebih Awal? – Netizen

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sehingga ke hari ini keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang sah masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial ‘Facebook’ dan aplikasi ‘WhatsApp’, ekoran tersebarnya dakwaan kononnya keputusan kesahan Ketua Menteri Sabah  sebenarnya telah  diatur lebih awal.

Pada 31 Oktober lalu, seminggu sebelum  keputusan mahkamah dibuat, satu artikel pendek telah tular dan tersebar secara meluas di media sosial ‘Facebook’ dan aplikasi ‘WhatsApp’ yang berbunyi “I heard TYT told Tan Sri Pandikar he will win the case, Chief Justice has brief him” (Saya mendengar TYT memberitahu Tan Sri Pandikar bahawa dia akan memenangi kes itu, Ketua Hakim telah menyatakan kepadanya).

Sumber; Perkongsian di medan aplikasi WhatsApp…

Tidak diketahui dari mana datangnya sumber artikel ini dan sehingga kini tidak ada laporan Polis penafian dibuat ke atas artikel tersebut…

Dalam pada itu Peguam R. Kengadharan turut melontarkan pandangan beliau dengan memberitahu FMT ( Free Malaysia Today) bahawa pengadilan Yew Jen Kie tidak seharusnya bergantung pada kes perlembagaan Perak untuk mengatakan bahawa TYT Juhar Mahiruddin mempunyai kuasa untuk memecat ketua menteri.

“Kedudukan Ketua Menteri atau Menteri Besar tidak sama dengan pelantikan biasa,” katanya.

Dalam keputusannya, Yew berkata, Saman Musa terhadap Shafie Apdal bukan akademik kerana ia adalah kes kepentingan awam.

Seorang lagi peguam kanan Amer Hamzah yang merupakan peguam kepada bekas Ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman turut mempersoalkan alasan penahanan anak guamnya menjelang keputusan kes berhubung penyandang jawatan Ketua Menteri Sabah yang sah.

“Kenapa tahan beliau sekarang, sebelum Mahkamah Tinggi buat keputusan? Saya harap perkara ini bukan satu helah untuk memprejudiskan Musa di hadapan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

“Pertuduhan itu adalah berdasarkan dakwaan yang dibuat 10 atau 14 tahun lalu. Ada unsur pendakwaan terpilih apabila ia dibangkitkan sekarang. Oleh itu, saya harap mahkamah tidak akan prejudis atau terpengaruh dengan penahanan bermotifkan politik oleh SPRM ke atas anak guam saya,” kata peguam itu lagi.

Sebelum ini Tan Sri Musa turut berkata; “Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan yang telah dibuat, bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

“Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang di-Pertua Negeri untuk melantik dan memecat Ketua Menteri.

“Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya dan saya sudah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini,” katanya.

Berikut adalah komen daripada netizen:-