Keputusan Rasmi PRU14: DAP Tewaskan BN Di Kerusi P.196 Stampin Sarawak

Keputusan Rasmi PRU14: DAP Tewaskan BN Di Kerusi P.196 Stampin Sarawak

0
SHARE
Chong Chieng Jen...

KUCHING, SARAWAK – Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memenangi kerusi P196 Stampin dengan majoriti 14,221 mengatasi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Stampin, Elizabeth Loh di perkarangan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sini petang tadi.

Chong mendapat 33,060 undi manakala calon Barisan Nasional (BN-SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian memperolehi undi 18,839.

Chong seorang peguam menang dengan majoriti 14,221 undi menewaskan Dr Sim yang juga Presiden SUPP.

Kemenangan Chong yang juga Anggota Dewan Undangan Kota Sentosa ini bermakna DAP mengekalkan kerusi Stampin yang dimiliki parti itu sejak PRU13.

Dr Sim…

Pengumuman itu dibuat tanpa kehadiran Dr Sim.

– BERNAMA