Keputusan Rasmi PRU14: PAS Bentuk Kerajaan Di Terengganu, Kekalkan Kuasa Di Kelantan

Keputusan Rasmi PRU14: PAS Bentuk Kerajaan Di Terengganu, Kekalkan Kuasa Di Kelantan

0
SHARE

PETALING JAYA – PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Memetik kenyataan mStar Online, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri tersebut.

Hashim pada sidang media itu mengumumkan PAS menang 18 kerusi DUN di Terengganu, sekali gus merampas pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

SPR juga mengumumkan kemenangan PAS di 28 kerusi DUN di Kelantan.

Sementara itu, BN juga sekali lagi berjaya membentuk kerajaan di Perlis dan Pahang, masing-masing dengan majoriti mudah 10 dan 22 kerusi.

Di Pulau Pinang pula, Pakatan Harapan mengekalkan kedudukannya apabila diumumkan menang majoriti mudah 25 kerusi DUN.

– mStar Online