Keputusan Tak Rasmi PRU14: Shafie Menang Kerusi Parlimen Semporna

Keputusan Tak Rasmi PRU14: Shafie Menang Kerusi Parlimen Semporna

0
SHARE
Sumber Foto; Malaysia Kini

SEMPORNA, SABAH – Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan menang di kerusi Parlimen Semporna.

Bekas naib presiden UMNO itu mengalahkan calon BN Datuk Ramlee Marahaban dan calon dari PAS serta Harapan Rakyat.

Memetik laporan Malaysia Kini, ini kali pertama beliau bertanding sebagai pembangkang dan kerusi pertama WARISAN. Beliau juga diramalkan akan menang di kerusi DUN Senallang.

Mohd Shafie bertindak keluar UMNO pada 2016, setahun selepas beliau dipecat daripada kabinet dan kemudiannya menubuhkan Parti WARISAN di Sabah.

WARISAN bukan parti komponen Pakatan Harapan, tetapi membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.