Wednesday, January 16, 2019
Kerajaan Arab Saudi Keluarkan Visa Kepada Semua Pelancong, Termasuk Bukan Islam

Kerajaan Arab Saudi Keluarkan Visa Kepada Semua Pelancong, Termasuk Bukan Islam

0
SHARE

RIYADH, ARAB SAUDI РRancangan mengeluarkan visa kepada semua pelancong asing diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Ini termasuklah pengeluaran visa kepada pelancong bukan Islam dalam usaha mempromosi negara itu sebagai salah satu destinasi percutian yang merupakan sebahagian Wawasan 2030 negara tersebut.

Menteri Media Arab Saudi, Awwad Saleh Al-Awwad berkata, langkah tersebut diharap dapat membantu negara itu melenyapkan imej tidak mesra yang disebabkan oleh iklim budaya sosialnya.

“Pada masa ini, kami mengeluarkan visa bagi tujuan penganjuran sesuatu acara, dan untuk menjadikan ia (visa pelancong) suatu realiti, kami perlu mempertimbang beberapa aspek.Arab Saudi juga merupakan sebuah tempat di mana berjuta-juta orang datang untuk bekerja dan kami perlu mencari mekanisme yang tepat untuknya.

“Kami akan cuba membincangkannya lagi dengan kerajaan dan insya-Allah, mungkin kami boleh mengeluarkan visa pelancong pada tahun ini,” katanya semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan media asing di pejabat kementerian itu di sini baru-baru ini.